Cari @ Amanz

Setelah sekian lama tanpa perkembangan FeedMalaya, kini para pembangunnya memperlihatkan statistik semasa laman berkenaan, disamping membincangkan mengenai masa depan laman dan juga kod disebalik FeedMalaya.

Buat masa ini, pembangun disebalik FeedMalaya, iaitu Bat Huzairy dan juga Mior Crynobone sedang mempertimbangkan tiga perkara yang mungkin mereka akan lakukan terhadap laman FeedMalaya, iaitu antara:

  • Melepaskan kod sumber disebalik laman FeedMalaya kepada umum dibawah lesen sumber terbuka.
  • Meneruskan pembangunan FeedMalaya dengan struktur kod yang baru.
  • Mengubah kod disebalik FeedMalaya sebagai plugin WordPress, dan melepaskannya kepada umum.


Statistik Semasa FeedMalaya [via]

Para pengguna juga boleh menyumbangkan segala idea berkenaan dengan masa depan FeedMalaya kepada pembangun melalui blog beliau. FeedMalaya merupakan antara blog aggregator yang terawal di Malaysia, menyambung tradisi Blogtitude yang sudah sekian lama berkubur.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd