Mungkin ramai yang ketahui dimana Intel menawarkan sistem sekuriti hardware terbina pada cipset terbaru mereka, dan menariknya, kini mereka telah memiliki syarikat McAfee, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam industri sekuriti komputer.
Intel mengambil-alih syarikat sekuriti, Mc Afee pada harga $7.68 billion, iaitu pada kadar $49 sesaham. Pada masa yang sama juga, perkara ini membolehkan Intel mendapatkan teknologi McAfee, disamping dua anak syarikat dibawah McAfee, iaitu Trust Digital dan Ten Cube yang membangunkan perisian sekuriti untuk perantian mudah alih.
Selain mungkin menggunakan teknologi pada cipset mereka, mungkin juga perisian sekuriti tersebut akan diintegrasikan pada sistem operasi mudah-alih mereka, iaitu MeeGo. Namun begitu, tiada sebarang pengumuman berkaitan dengannya buat masa ini.
Walaupun telah membeli Mc Afee, syarikat tersebut masih akan beroperasi secara sendiri sebagai anak syarikat Intel. Melalui pembelian ini, Intel berharap agar dapat memberikan keselamatan yang lebih menyeluruh kepada para pengguna mereka.