Cari @ Amanz

Selain daripada menawarkan servis internet Blackberry serendah RM0.50 sehari, Celcom juga menawarkan perkhidmatan jalur-lebar mudah alih mereka pada harga yang amat murah, iaitu serendah RM48 sebulan untuk kelajuan sehingga 328kbps.

Celcom merupakan antara penawar jalur-lebar mudah alih dengan liputan yang menyeluruh di Malaysia, dengan sokongan kelajuan sehingga 3.6Mbps membolehkan anda melayari laman web, mengakses ke laman sosial, menyemak baki anda pada akaun bank dalam talian, menonton video dan sebagainya secara terus dalam talian walaupun dimana sahaja anda berada. Ini kerana Celcom Broadband mempunyai liputan jalur-lebar yang amat meluas, membolehkan anda mengakses internet walaupun dimana sahaja anda berada.


Pakej Celcom Broadband Baru

Menariknya, untuk tempoh tiga bulan pertama, anda boleh mendapatkan akses kepada internet dengan potongan sehingga RM10 sebulan, sekaligus menjadikan bil bulanan anda serendah RM38 sebulan. Anda boleh melanggan servis jalur-lebar Celcom ini tanpa sebarang bayaran tambahan sekiranya anda sedia mempunyai perantian jalur-lebar mudah alih dan hanya menambah RM100 sekiranya inginkan perantian mudah-alih untuk jalur-lebar.


Promo Untuk 3 Bulan Pertama

Pada masa yang sama, anda juga turut sama boleh melanggan servis internet jalur-lebar mudah-alih Celcom dengan memilih beberapa pakej yang sedia ditawarkan, termasuk melanggannya bersama-sama dengan netbook HP pada harga semurah RM888, ataupun memiliki Celcom Broadband Wireless Gateway (membolehkan anda berkongsi talian internet bersama rakan-rakan anda yang lain melalui WiFi) pada harga serendah RM350 bersama-sama dengan pakej Celcom Broadband pilihan anda.


Perantian Bersama Celcom Broadband

Dan sekiranya anda sedia merupakan pelanggan Celcom, anda boleh menambah pakej internet jalur-lebar internet pada harga serendah RM38 sebulan untuk kelajuan 384kpbs tanpa sebarang ikatan kontrak dan sebagainya.


Celcom Broadband Bersama Panggilan Suara

Selain menawarkan kelajuan dan sambungan jalur-lebar yang konsisten, Celcom Broadband juga merupakan penyedia nombor 1 di Malaysia dengan liputan jalur-lebar yang terluas sekali, sekaligus menjadikannya sebagai komuniti jalur-lebar mudah-alih yang amat besar di Malaysia. Pada masa yang sama, Celcom juga menawarkan perkhidmatan pelanggan yang terbaik di Asia Pasifik selain pernah memenangi anugerah Frost & Sullivan sepanjang 2 tahun berturut-turut.

Tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan pelepasan cukai sehingga RM500 dengan hanya melanggan untuk pakej jalur lebar Celcom?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd