Office 2014 Kini Dalam Pembangunan

Office 2014 Kini Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada Ogos 21, 2010 oleh .

Selain daripada Windows 8 yang kini dalam proses pembangunan, Microsoft juga pada masa yang sama sedang membangunkan aplikasi pejabat mereka yang akan datang, yang mana dikenali sebagai Office 15 ataupun Office 2014.


Versi Pembangunan Pra-Alpha Office 2014 [via]

Office 15 dijangka akan meneruskan kegemilangan aplikasi pejabat Microsoft Office dan dijangka akan dilepaskan pada tahun 2014 kelak. Menariknya, baru sahaja selepas 2 bulan Microsoft memperkenalkan Office 2010, dan kini ianya sudah kelihatan pembangunan versi baru untuk aplikasi pejabat mereka.


Microsoft Office 2014 [via]

Melalui beberapa paparan antaramuka yang tersebar di internet, ianya memperlihatkan versi pembangunan Office 15 yang digunakan secara dalaman, dan ianya dijangka merupakan hanyalah versi pembangunan pertama sahaja. Ianya diperkatakan yang mana secara dalaman, Microsoft sedang menguji dua versi pra-alpha untuk Office 15 ini.

Walaubagaimanapun, menariknya, salah satu fungsi baru pada Office 2014 sudah pun mula kelihatan, iaitu Microsoft Lime, yang mana turut dipanggil sebagai Microsoft Limestone Integration Application. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang maklumat berkaitan dengannya.


Microsoft Lime? [via]


TIPS & ULASAN