Melalui suatu ujian tahunan yang dijalankan oleh AV Test, ianya memperlihatkan yang mana Panda : Internet Security 2010 memegang takhta perisian sekuriti untuk tahun ini, meninggalkan Kaspersky dan Norton Internet Security 2010 dibelakangnya.
Keputusan Ujian Yang Dilakukan Oleh AV Test
Melalui ujian yang dilakukan mereka, sesuatu antivirus ataupun perisian sekuriti itu perlu melepasi markah 12 daripada 18 markah untuk disenaraikan, dan menariknya, selain daripada pelbagai perisian antivirus yang disenaraikan, salah satunya adalah Microsoft Security Essentials 1.0.
Microsoft Security Essentials mendapat markah sebanyak 14 daripada 18, berbanding dengan Kaspersky, Norton Internet Security dan Panda Internet Security yang masing-masing mendapat 16 markah.
Antaramuka MSE
Walaubagaimanapun, ianya memperlihatkan sesuatu yang positif untuk produk sekuriti daripada Microsoft yang diedarkan secara percuma itu. Selain menawarkan perlindungan kepada komputer Windows anda, MSE tidak memperlihatkan sebarang amaran palsu, selain tidak begitu banyak menggunakan sumber komputer seperti mana aplikasi sekuriti yang lain.
Pada masa yang sama, seperti sedia maklum, Microsoft kini dalam proses membangunkan MSE 2.0, dan para pengguna sudah boleh mencuba versi betanya yang terkini. Melalui MSE 2.0, Microsoft membawakan beberapa fungsi sekuriti yang baru, termasuk pengintegrasian yang lebih menyeluruh kepada Windows Firewall dan Internet Explorer, dan juga pengenalan enjin antimalware yang serba baru, serta sistem pemeriksaan dalam rangkaian yang serba baru.
Mungkin ini bakal membawakan persaingan sihat dalam industri perisian sekuriti untuk tahun hadapan, dan boleh dikatakan, mungkin MSE 2.0 kelak akan menduduki antara kedudukan tiga teratas kelak pada tahun hadapan. Siapa tahu.