Google Menguji Kaedah Carian Yang Baru

Google Menguji Kaedah Carian Yang Baru

Diterbitkan pada Ogos 22, 2010 oleh .

Setelah sekian lama menyepi, kini Google dikatakan sedang menguji salah satu fungsi baru dimana hasil carian diperlihatkan ketika anda sedang menaip kata kunci anda, sekaligus menjimatkan masa para pengguna untuk melakukan carian.

Walaupun perkara ini telah disahkan oleh Google sendiri, namun ianya masih lagi tidak diketahui samaada ianya akan diperkenalkan ataupun tidak memandangkan pada sesuatu masa, Google menjalankan antara 50 hingga 200 eksperimen di laman mereka.

Buat masa ini, fungsi baru ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada para pengguna. Ada yang mengatakannya sebagai sebuah inovasi carian, dan menantikannya, dan ada yang mengatakannya bahawa fungsi ini kelak akan menganggu pengalaman penggunaan para pengguna.

Jadi, apakah pendapat anda berkaitan fungsi baru ini?


TIPS & ULASAN