FeedMalaya Ke Arah GPL

FeedMalaya Ke Arah GPL

Diterbitkan pada Ogos 23, 2010 oleh .

Setelah memperbincangkan mengenai masa depan FeedMalaya, kini pihak pembangunnya mengambil keputusan untuk membuka kod sumber laman tersebut kepada umum dibawah lesen GPL. Pada masa yang sama, pihak pembangunnya berharap FeedMalaya terus berkembang kepada sesuatu yang lebih besar lagi.

Buat masa ini, pihak pembangunnya, Mior Crynobone dan juga Bat Huzairy telah mempunyai beberapa perancangan, dan ianya akan mula dijalankan dalam masa tidak lama lagi. Dengan melepaskan kod sumber FeedMalaya dibawah lesen GPL, mereka berharap agar para pembangun akan menambah-baik kod tersebut selain memperkenalkan pelbagai fungsi menarik padanya, dan bukan hanya menggunakannya tanpa sebarang penambah-baikkan.

Ianya juga diharap agar FeedMalaya akan terus hidup selain mengutamakan misi laman mereka dibangunkan, selain menjadi antara agregator blog tempatan yang menyediakan pelbagai info menarik di satu tempat. Sama-sama kita nantikan perkembangan Feedmalaya.


TIPS & ULASAN