Fungsi Undo GMail Kini Menyokong Sehingga 30 Saat

Fungsi Undo GMail Kini Menyokong Sehingga 30 Saat

Diterbitkan pada Ogos 23, 2010 oleh .

Jikalau sebelum ini Google memperkenalkan fungsi Undo pada emel yang dihantar melalui GMail dengan tetapan masa sehingga 5 saat sahaja, kini fungsi tersebut diberikan nafas baru dengan jangka masa sehingga 30 saat untuk dibuat Undo.

Fungsi Undo
Fungsi Undo Pada Emel

Buat masa sekarang ini, para pengguna boleh menetapkan masa yang diinginkan oleh mereka untuk membuat Undo pada sesuatu emel yang dihantar, dengan pilihan yang diberi oleh Google berupa 10 saat, 20 saat dan sehingga 30 saat.

Dengan fungsi ini, para pengguna boleh mengelakkan untuk menghantar emel yang salah, ataupun menyemak kembali ejaan mereka dengan mudah. Dan juga, kadang-kala ada yang terlupa untuk membuat attachment, dan fungsi ini akan menguntungkan mereka sepenuhnya.

Bagi yang belum mengaktifkan fungsi ini, anda boleh melayari laman GMail, dan seterusnya klik pada Settings dan memilih GMail Labs, serta mengaktifkan fungsi Undo Send.


TIPS & ULASAN