Selain daripada kerjasama dalam membangunkan sistem operasi untuk perantian mudah-alih, MeeGo, Intel dan Nokia juga kini turut bekerjasama dalam mengkaji pembangunan dunia maya 3D mudah-alih.
Melaluinya, kedua-dua gergasi itu berniat untuk memperkenalkan dunia maya 3D pada platform perkomputeran mudah alih. Memandangkan kini kebanyakkan syarikat sudah mula memberikan perhatian kepada teknologi 3D, Intel dan Nokia mengambil peluang ini untuk memperkenalkannya kepada platform mudah-alih.
Teknologi ini juga dijangka akan diintegrasikan pada sistem operasi MeeGo, sekaligus membawakan akses kepada dunia 3D maya dengan lebih mudah kepada para pengguna mereka.