Adakah Internet Explorer 9 Bakal Kelihatan Seperti Ini?

Adakah Internet Explorer 9 Bakal Kelihatan Seperti Ini?

Diterbitkan pada Ogos 26, 2010 oleh .

Sehingga kini, sudah empat pralihat Internet Explorer 9 yang diperlihatkan oleh Microsoft, namun tiada antaramuka yang diperlihatkan sehingga kini. Namun begitu, kini Microsoft Russia memperlihatkan antaramuka Internet Explorer 9 yang bakal diperlihatkan Microsoft 15 September.


Antaramuka Internet Explorer 9? [via]

Selain daripada antaramuka, beberapa fungsi juga turut dipaparkan pada halaman Microsoft Russia yang mana kini telah pun dibuang oleh mereka. Laman ZDNet melaporkan dimana Internet Explorer 9 dijangka bakal membawakan sistem navigasi yang diringkaskan sekaligus memberikan lebih ruangan kepada sesuatu halaman itu. Melalui Internet Explorer 9, pelayar web tersebut hanya akan memperlihatkan apa yang diperlukan oleh seseorang pengguna untuk bernavigasi, sekaligus memudahkan lagi penggunaan pelayar web tersebut.

Selain daripada itu, Internet Explorer 9 juga dijangka akan membawakan pelbagai perkara baru, termasuk kebolehan untuk melihat dua halaman web bersebelahan dengan mudah melalui fungsi yang dipanggil tear-off tabs.

Internet Explorer 9 Beta dijangka akan diperkenalkan oleh Microsoft pada 15 September, yang mana membawakan pelbagai fungsi baru, termasuk sokongan HTML5, CSS3, dan enjin Javascript baru yang dipanggil Chakra.


TIPS & ULASAN