Photoshop.com Diberi Nafas Baru

Photoshop.com Diberi Nafas Baru

Diterbitkan pada Ogos 26, 2010 oleh .

Setelah memperkenalkan Photoshop.com, aplikasi web percuma untuk edit imej, kini Adobe memberikan laman tersebut nafas baru, selain para pengguna boleh menggunakan servis tersebut tanpa sebarang pendaftaran seperti dulu.


Antaramuka Laman Photoshop.com

Sebelum ini, Photoshop.com diperkenalkan dimana para pengguna diperlukan untuk log masuk ke servis tersebut untuk menggunakan laman tersebut sepenuhnya, namun begitu, kini ianya tidak diperlukan lagi.

Pada masa yang sama, kini anda boleh mengintegrasikannya bersama Facebook, Flickr, Photobucket dengan mudah. Selain daripada itu, para pengguna juga boleh memuat-naik fail PSD dan mengubahnya secara terus dalam talian. Serta, pada hari ini juga, Adobe mengemaskini aplikasi Photoshop Express untuk Android.


TIPS & ULASAN