Setelah sekian lama sunyi tanpa sebarang perkembangan, kini pihak pembangun disebalik Diaspora telah pun mengumumkan yang mana mereka akan memperlihatkan Diaspora seawal 15 September, dimana para pengguna boleh mendapatkan akses kepada kod sumber Diaspora dalam jangka masa tiga minggu lagi.
Bagi yang tidak mengenali Diaspora, ianya merupakan salah satu alternatif sumber-terbuka kepada laman sosial Facebook yang dimulakan oleh beberapa orang pelajar ketika ramai yang menyuarakan mengenai privasi di Facebook.
Antaramuka Awal Diaspora
Sebelum ini, pihak pembangun mereka telah memperlihatkan beberapa antaramuka terawal laman tersebut, dan juga perancangan untuk Diaspora, dan mungkin kini ianya telah berevolusi sepenuhnya, dan mungkin akan membawakan suatu bentuk laman sosial yang amat diminati ramai.
Melalui Diaspora kelak, para pengguna akan mendapat kawalan sepenuhnya keatas privasi dan data yang dikongsikan mereka, selain ianya merupakan salah satu rangkaian sosial berasaskan sumber terbuka. Sama-sama kita nantikan pelancarannya pada 15 September kelak.