Cari @ Amanz

Google telah sekian lama menggunakan carian masa-nyata, dan menariknya kini mereka memperkenalkan beberapa fungsi baru untuk carian masa-nyata beserta dengan sebuah halaman khas untuk carian masa-nyata di Google.com.

Sebelum ini, carian masa nyata merupakan sebahagian daripada enjin carian mereka, dan tidak ditawarkan secara berasingan, dan hari ini, dengan menawarkan carian masa-nyata secara berasingan, anda boleh mencari sesuatu perkara itu dengan lebih pantas lagi berbanding sebelumnya.

Pada masa yang sama, anda juga boleh membuat Google Alert untuk kata kunci pilihan anda, dan anda akan diemel oleh Google sebaik sahaja topik pilihan anda itu mendapat perhatian di Twitter.com. Anda boleh mengakses carian masa nyata Google di Google Realtime.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd