Maxis Dan Huawei Mengumumkan Kerjasama

Maxis Dan Huawei Mengumumkan Kerjasama

Diterbitkan pada Ogos 28, 2010 oleh .

Dalam membawakan rangkaian internet generasi akan datang yang berkelajuan tinggi, kini Maxis dan Huawei mengumumkan kerjasama bersama, dimana kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam membawakan servis generasi baru kepada semua pengguna di Malaysia.

Maxis Berhad, telah pun memilih Huawei sebagai penyedia teknologi dalam pembangunan jalur-lebar berkelajuan tinggi, dimana Huawei akan membangun dan menguruskan rangkaian FTTx menggunakan teknologi GPON. Melaluinya kelak, Maxis bakal berupaya sepenuhnya dalam menyediakan servis rangkaian internet berkelajuan tinggi kepada para penggunanya.

Melalui projek ini kelak, rangkaian internet perumahan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru akan disambungkan berdasarkan jarak batu terakhir dengan menggunakan teknologi Fibre-To-The-Home (FTTH). Selain daripada membangunkan rangkaian infrastruktur ini, melalui perjanjian ini, Huawei akan menjaga dan menguruskan rangkaian FTTH ini selama lebih kurang 3 tahun.

Selain daripada itu, Maxis juga dijangka akan memperkenalkan jalur-lebar berkelajuan tingginya di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN