Carian
FourSquare Mencecah Angka 3 Juta Pengguna
August 30, 2010 Aman

Dengan pengenalan Facebook Places, nampaknya kini lebih ramai tertarik dengan fungsi geo-lokasi, sekaligus menguntungkan pihak FourSquare sepenuhnya, dimana kini, FourSquare telah pun mencecah angka pengguna melebihi 3 juta pengguna.

Sebelum ini, pemilik FourSquare sendiri telah mengumumkan yang mana pendaftara para pengguna telah mencecah angka tertinggi setakat ini pada hari pengumuman Facebook Places, pada masa yang sama, ianya berkembang dengan lebih pantas berbanding pesaing terdekatnya, Gowalla.

Pada masa yang sama, kini turut diura-urakan yang mana FourSquare bakal memperkenalkan versi terbaru servis mereka tidak lama lagi, dan mungkin angka penggunanya akan mula meningkat dengan lebih pantas lagi menjelang bulan-bulan akan datang.

Komen