Google Bakal Menawarkan Filem Melalui YouTube

Google Bakal Menawarkan Filem Melalui YouTube

Diterbitkan pada Ogos 30, 2010 oleh .

Kini nampaknya Google sudah mula bekerjsama bersama beberapa studio perfilemen di Amerika, dimana melaluinya, membolehkan Google melalui YouTube menawarkan beberapa filem pada harga yang amat rendah sekali.


YouTube Menawarkan Filem Melalui Laman Mereka [via]

Walaupun ianya merupakan salah satu perkara yang menarik untuk melihat perkembangan YouTube, namun ianya menjadi tanda tanya mengenai berapa ramai yang benar-benar akan menggunakan servis tersebut, memandangkan kebanyakkan pengguna masih lagi menghadapi masalah dengan sambungan internet berkelajuan tinggi.

Buat masa ini, YouTube masih lagi laman video utama di dunia, dengan Facebook mengejar rapat dengan servis video. YouTube sudah sekian lama menyediakan servis sewa video melalui laman mereka, iaitu sejak daripada bulan Januari lagi, namun begitu, dengan pelan baru mereka, sewa filem ini, mungkin ianya akan menguntungkan Google dan YouTube.


TIPS & ULASAN