Setelah sekian lama dinantikan, kini para pengguna HTC Desire tempatan sudah boleh menikmati kemaskini kepada sistem Android terkini, iaitu Android 2.2 Froyo, dengan mudah secara terus melalui telefon pintar anda.
Berikut merupakan beberapa perkara yang dibawa oleh Android melalui versi terkininya, Froyo, iaitu:
- Tips Pada Skrin – Kini, beberapa tips ringkas diperlihatkan pada skrin utama, memudahkan para pengguna baru untuk mengubah-suai skrin utama mereka dengan menambah shortcut dan widget. Pada masa yang sama, ianya juga turut sama membantu para pengguna dalam menggunakan multiple home screens.
- Kamera dan Galeri – Pelbagai perkara baru ditambah-baik pada fungsi kamera dan galleri, termasuk kebolehan untuk menggunakan LED Flash pada Camcorder, sekaligus membolehkan para pengguna merakam video pada ketika gelap.
- Hotspot Mudah-Alih – Anda boleh berkongsi talian internet telefon pintar Android anda dengan mudah melalui WiFi, yang mana melaluinya anda boleh kongsikannya bersama lebih 8 perantian yang lain.
- Prestasi Yang Di Pertingkatkan – Melalui Froyo, ianya membawakan kepantasan prestasi sehingga lebih 5 kali ganda berbanding Android 2.1, selain prestasi pelayar web yang turut diperkemaskini menggunakan enjin V8.
Sekiranya telefon pintar anda sudah bersedia untuk menerima kemaskini, anda akan diperlihatkan dengan notifikasi kemaskini FOTA (Frimware Over The Air). Seterusnya, anda hanya perlu klik OK, dan sistem anda akan dikemaskini menggunakan WiFi ataupun 3G/GPRS. Anda boleh mengesahkan kemaskini HTC Desire anda kepada Froyo dengan melihat pada angka pembangunannya, iaitu yang terkini adalah 2.13.707.1.