Cari @ Amanz

Skype yang kini mempunyai hampir 600 juta pengguna diura-urakan ditawarkan oleh Cisco untuk dimiliki. Ianya diperkatakan yang mana Cisco harap akan dapat miliki Skype sebelum ianya selesai melalui proses IPO.

Aplikasi Skype
Aplikasi Skype Pada Windows

Sekiranya perkara ini benar, ianya dijangka antara pembelian terbesar pernah dilakukan dengan harga yang mencecah sehingga lebih $5 billion. Menariknya, ianya diperkatakan yang mana Google juga turut sama berminat untuk mendapatkan Skype, namun menarik diri daripada membuat tawaran memandangkan ianya akan melibatkan antitrust dan sebagainya.

Pada minggu lepas, Google telah memperkenalkan fungsi panggilan secara terus daripada GMail kepada mana-mana talian di US, selain turut memperkenalkan plugin panggilan video dan suara untuk para pengguna Linux. Pada masa yang sama, ianya juga diura-urakan yang mana Facebook turut sama dalam perancangan untuk memperkenalkan fungsi sembang video dan suara pada platform mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd