Google Memperkenalkan GMail Priority Inbox

Google Memperkenalkan GMail Priority Inbox

Diterbitkan pada Ogos 31, 2010 oleh .

Kusut dengan pelbagai emel yang menerjah inbox GMail anda, dan anda tidak ketahui yang mana anda perlu balas terlebih dahulu, dan yang mana bukan? Kini, anda tidak perlu risau lagi memandangkan Google telah pun memperkenalkan GMail Priority Inbox.

Seperti sedia maklum, ianya sudah terdapat satu folder khas yang dinamakan Spam pada GMail, dan emel-emel yang tidak diingini akan masuk ke sana secara automatik. Namun begitu, kadang-kala inbox anda akan dipenuhi dengan beberapa emel yang mana bukan begitu penting, dan bercampur dengan emel-emel anda yang penting.

Sebelum ini, para pengguna terpaksa menggunakan fungsi Filter dan Star untuk mengasingkannya, dan kini GMail sendiri bergerak setapak kehadapan dengan memperkenalkan GMail Priority Inbox. Melaluinya, GMail anda akan pelajari secara automatik yang mana penting dan tidak, malah anda sendiri boleh secara manual menandakan yang mana emel penting dan yang mana bukan.

Seperti biasa, fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada kesemua pengguna dalam masa terdekat ini. Selain daripada pengguna GMail, pengguna Google Apps juga akan dapat melihat fungsi ini tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN