KreativeThemes Ke Arah Tumblr dan Joomla

KreativeThemes Ke Arah Tumblr dan Joomla

Diterbitkan pada Ogos 31, 2010 oleh .

Jikalau sehingga kini, pembangun tema premium tempatan, KreativeThemes hanya membangunkan tema untuk WordPress sahaja, ianya bakal berubah tidak lama lagi, dimana mereka juga dijangka akan memperkenalkan tema untuk Tumblr dan Joomla tidak lama lagi.

Seperti sedia maklum, Tumblr seperti sudah menjadi salah satu fenomena, dimana kebanyakkan penulis blog mempunyai akaun padanya, manakal Joomla diguna-pakai oleh ramai pembangun web selain syarikat-syarikat korporat. Pengenalan tema premium (perdana?) untuk kedua-dua platform ini juga bakal memperluaskan lagi tawaran tema sedia ada oleh pihak KreativeThemes.


Antaramuka Baru KreativeThemes

Selain daripada itu, KreativeThemes juga dijangka akan memperkenalkan antaramuka laman yang serba baru, selain membawakan pelbagai tema baru dan interaktif kepada para pengguna tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN