Syarikat Malaysia, StreetSpace Menyaman Apple

Syarikat Malaysia, StreetSpace Menyaman Apple

Diterbitkan pada Ogos 31, 2010 oleh .

Syarikat StreetSpace yang berpangkalan di Malaysia, kini menyaman Apple dan beberapa syarikat yang lain kerana melanggari hak cipta mereka yang berkait rapat dengan memperlihatkan iklan berasaskan lokasi, yang menjadi salah satu perkara utama untuk iAds milik Apple.

Antara syarikat lain yang turut terlibat dinamakan termasuk Google, AdMob, Nokia, Navteq, Millenial Media dan juga JumpTap. StreetSpace yang berpangkalan di Malaysia ini merupakan salah satu syarikat yang membangunkan terminal Internet yang dikenali sebagai WebStation. Melaluinya, para pengguna boleh melangkah masuk ke salah satu terminal ini untuk mengakses internet dan mereka akan diperlihatkan beberapa iklan dalam proses tersebut.

Teknologi WebStation ini merupakan antara produk terkemuka yang digunakan oleh kebanyakkan bank di Malaysia, termasuk Maybank, CIMB Bank dan juga AFFIN Bank. Selain daripada itu, ianya jupa pernah digunakan pada beberapa acara terkemuka, termasuk Olimpik 2002.

Saman ini telah difailkan di US District Court di California Selatan.


TIPS & ULASAN