Carian
iPhone 4 Versi Kedua Bakal Di Perkenalkan
September 1, 2010 Aman

Ianya kini diura-urakan yang mana Apple sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan iPhone 4 versi kedua menjelang bulan Oktober kelak. Ianya dikatakan yang mana versi kedua ini kelak tidak lagi akan mempunyai sebarang masalah yang berkait dengan antena seperti sebelumnya.

iPhone 4

Apple iPhone 4 versi kedua ini dijangka akan diperkenalkan pada 30 September kelak, dimana tarikh terakhir Apple menawarkan bumper percuma untuk setiap iPhone 4 yang telah dibeli untuk menyelesaikan masalah antena padanya.

Pada masa yang sama, sehingga kini, Apple masih lagi belum mula menjual iPhone 4 berwarna putih kepada umum, dan berkemungkinan besar iPhone 4 versi kedua ini adalah iPhone yang berwarna putih.

Di Malaysia pula, Maxis dan DiGi dijangka akan memperkenalkan iPhone 4 pada bulan ini, September, ataupun paling lewat pada bulan Oktober kelak.

Komen