Carian
Kreative.my Bakal Merevolusikan Kaedah Pasaran Tema
September 1, 2010 Aman

Daripada para pembangun di sebalik FeedMalaya – Bat Huzairy dan Mior Crynobone, kini tidak lama lagi, mereka bakal membawakan sesuatu yang baru, dimana kini mereka sedang giat membangunkan sebuah laman baru dengan nama Kreative.my.


Antaramuka Kreative.my? [via]


Halaman Utama Kreative.my? [via]

Buat masa ini, ianya masih tidak ketahui mengenai konsep utama laman tersebut, selain sebuah mesej ringkas yang memaparkan dimana Kreative bakal berfungsi sebagai sebuah tempat pasaran untuk tema.

Namun begitu, melalui Twitter yang dikhaskan untuk laman tersebut, @MyKreative, dua tweet terkini memberikan idea dimana Kreative.my kelak bakal menawarkan gabungan penyedia tema premium dan juga tempat pasaran tema pada satu medium yang sama.

Ianya masih lagi belum jelas bagaimana laman ini kelak akan berfungsi, dan buat masa ini, pembangunannya dijalankan dengan agak pantas. Sehingga kini, ianya sedia diketahui yang mana antaramuka laman tersebut telah sedia direkabentuk, dan mungkin kini ianya sedang melalui fasa pembangunan kod dan sebagainya.

Mengikut apa yang dibaca melalui Twitter dan blog para pembangunnya, ianya sedia jelas yang mana Kreative.my akan menemui para pengguna tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

Komen