Carian
Apple TV Yang Baru Lebih Kecil
September 2, 2010 Aman

Akhirnya, Apple telah pun memperkenalkan versi terkini Apple TV mereka, yang mana ianya bersaiz lebih kurang 1/4 daripada yang asal, selain membawa pelbagai fungsi terbina, termasuk HDMI, ethernet, WiFi pada harga hanya RM549.


AppleTV

Berbeza dengan GoogleTV yang lebih kepada menukarkan TV diruang tamu anda menjadi komputer, Apple TV membolehkan para pengguna dengan mudah menyewa filem secara terus daripada iTunes dan menontonnya di TV anda. Buat masa ini, Apple menawarkan khidmat sewa filem dari saluran ABC dan Fox pada serendah $0.99, serta membawakan sokongan Netflix.

Dari segi teknikalnya pula, sama seperti produk-produk Apple yang terkini, AppleTV menggunakan cip processor A4 yang terkini. Pada masa yang sama, ianya membawakan sokongan kualiti video sehingga 720p pada ruang tamu anda, selain saiznya yang kecil.

Komen