Chrome Mencapai Usia 2 Tahun Dan Versi 6.0

Chrome Mencapai Usia 2 Tahun Dan Versi 6.0

Diterbitkan pada Sep 3, 2010 oleh .

Setelah diperkenalkan pada dua tahun yang lalu, Google Chrome terus mengalami pelbagai pembangunan dan kemaskini, sehingga hari ini dimana secara rasminya, ianya telah mencapai versi stabil Google Chrome 6.0.

Chrome 1.0
Google Chrome 1.0 [via]

Ianya hanya dua tahun yang lalu dimana Google memperkenalkan pelayar web mereka, dan kini selepas dua tahun, versinya dengan pantas telah mencapai versi 6.0, dan versi pembangunan Chrome 7.0 sudah boleh dimuat-turun. Malah pada masa yang sama, angka penggunanya juga meningkat dari hari ke hari, sekaligus menjadikan peratus penguasaanya di industri pelayar web terus meningkat dari bulan ke bulan.

Kini, Google mengatakan yang mana Chrome 6.0 yang boleh dimuat-turun oleh semua itu lebih tiga kali ganda lebih pantas berbanding versi pertama pelayar web tersebut pada tahun 2008.

Pada masa yang sama, pihak pembangun disebalik Chrome juga sedang dalam proses pembangunan terakhir sistem operasi yang berasaskan Chrome, iaitu Chrome OS, dan dijangka tablet dengan sistem operasi tersebut bakal berada di pasaran seawal hujung tahun ini.


TIPS & ULASAN