Lebih 10 Panggilan Serentak Melalui Skype 5.0 Beta

Lebih 10 Panggilan Serentak Melalui Skype 5.0 Beta

Diterbitkan pada Sep 3, 2010 oleh .

Jika anda pengguna aktif Skype, anda semestinya menyukai beberapa fungsi baru pada Skype 5.0 Beta untuk Windows, dimana melaluinya ianya membawakan kebolehan untuk anda bersembang melalui video kepada lebih 10 orang pada sesuatu masa.

Walaubagaimanapun, untuk bersembang dengan lebih 10 orang pada sesuatu masa, anda perlu memastikan yang kesemua rakan anda itu menggunakan sistem operasi Windows, memandangkan sistem operasi lain masih lagi belum disokong sepenuhnya oleh Skype.

Selain daripada itu, Skype 5.0 Beta 2 juga membawakan beberapa antaramuka yang baru, dengan kualiti panggilan yang lebih baik, serta fungsi untuk mengembalikan sesuatu panggilan secara automatik sekiranya ianya tergendala di separuh jalan. Pada masa yang sama, anda juga boleh menghantar mesej IM kepada rakan anda diluar talian, dimana rakan anda akan melihatnya apabila mereka membuka Skype mereka kelak.

Memandangkan ianya masih lagi dalam peringkat beta, para pengguna perlulah sedia maklum, yang mana ianya mungkin mempunyai beberapa masalah yang telah dikenalpasti, mahupun tidak. Namun begitu, anda masih boleh memuat-turunnya dan mengujinya pada komputer anda.


TIPS & ULASAN