Video UI Internet Explorer 9 Mula Tersebar

Video UI Internet Explorer 9 Mula Tersebar

Diterbitkan pada Sep 8, 2010 oleh .

Mungkin semua sudah sedia maklum yang mana Microsoft bakal memperkenalkan Internet Explorer 9 Beta pada 15 September kelak yang bakal memperkenalkan antaramuka pelayar web barunya buat pertama kali. Menariknya, kini beberapa video tersebar di internet dikatakan sebagai antaramuka untuk IE9.

Sebelum ini, pelbagai gambaran dan imej sudah sedia tersebar, dan ianya berkemungkinan besar, video ini turut merupakan salah satu video yang dibuat oleh para peminat Microsoft. Kesahihan video ini juga menjadi tanda tanya memandangkan pada video ini, penggunannya membuka setiap pautan dengan tetingkap baru, dan bukannya menggunakan fungsi tab yang dibanggakan.

Bagi para pembaca yang masih tertanya-tanya mengenai antaramuka bagi pelayar web aan datang dari Microsoft ini, 15 September bakal menjadi tanda nokhtah untuknya. Namun begitu, apakah pendapat anda mengenai video yang memaparkan antaramuka Internet Explorer 9 ini?


TIPS & ULASAN