Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Friendster telah pun menjual hak ciptanya berkenaan dengan laman sosial kepada Facebook dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pembangunan laman sosial berasaskan permainan. Dan kini, Friendster Games sudah pun mula kelihatan di arena internet.
Melalui Friendster Games, ianya membolehkan para pengguna untuk bermain permainan dalam pelayar web dengan lebih mudah, selain membolehkan mereka membeli kredit permainan secara terus daripada MOL dengan senang dan pantas.
Buat masa ini, Friendster Games menawarkan lebih 10 permainan dengan genre berbeza, yang kelihatan lebih menarik. Untuk mengaksesnya, para pengguna hanya perlu log masuk Friendster seperti biasa, dan mereka akan melihat tab Games bersebelahan dengan tab Music.
Selain daripada permainan, Friendster juga ingin menjadi salah satu platform membeli belah dan menarik balik minat para pengguna untuk menggunakannya secara aktif seperti dulu kala.