Seperti sedia maklum, kebanyakkan tema daripada Kreative.my kelak akan disertakan dengan sebuah framework khas, yang bakal dilepaskan kepada umum dibawah lesen GPL. Kini, beberapa petanda memperlihatkan yang mana framework tersebut mungkin dinamakan sebagai WPnitive.
Perkara ini, sekaligus terus menambah bilangan projek yang diusahakan oleh dua anak tempatan, iaitu Mior Crynobone dan juga Bat InfoMalaya. Sehingga artikel ini ditulis, laman WPnitive.com masih lagi belum dikemaskini, namun begitu, Mior telah pun memperlihatkan beberapa antaramuka framework tersebut di blog beliau.
Selepas beberapa hari senyap dengan projek Kreative.my, kini blog Mior yang dikemaskini dengan artikel mengenai WPnitive ini memperlihatkan yang mana tema Kreative.my kelak akan menyertakan framework tersebut, sekaligus menjadikan laman Kreative.my sebagai pusat untuk jual-beli tema premium, dan laman WPnitive sebagai laman diskusi berkenaan dengan framework khas untuk WordPress yang bakal dilepaskan dibawah lesen GPL.
Namun begitu, sehingga kini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi berkenaan dengan integrasi Kreative.my dan WPnitive daripada pihak pembangunnya.