Hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah pun mengumumkan yang mana angka laman web Malaysia yang telah digodam untuk bulan ini telah mencapai 268 laman web, berbanding bulan lepas yang hanya 168 laman web sahaja.
Untuk mengurangkan dan mengelakkan laman web tempatan daripada terus digodam oleh pengodam luar, SKMM meminta agar pemilik laman web tempatan agar menaik-taraf sekuriti untuk aplikasi web dan juga server mereka. Lebih-lebih lagi, menjelang musim perayaan ini, dimana ramai yang akan bercuti, meninggalkan laman web mereka untuk suatu tempoh yang sedikit lama, sekaligus mendedahkannya kepada bahaya digodam.
Untuk para pengguna WordPress, anda dinasihatkan untuk mengemaskini pemasangan anda kepada yang terkini, iaitu WordPress 3.0.1. Perkara yang sama juga dinasihatkan untuk para pengguna pemasangan CMS sendiri, seperti Joomla, Drupal dan sebagainya.