GroupsMore – Jimat Lebih Secara Berkumpulan

GroupsMore – Jimat Lebih Secara Berkumpulan

Diterbitkan pada Sep 9, 2010 oleh .

YouthAsia sememangnya telah menjadi salah satu platform terbaik yang menghubungkan para remaja melalui YouthSays dan program Youth! tahunan, dan kini mereka telah pun memperkenalkan laman baru mereka, GroupsMore yang membawakan pelbagai tawaran menarik dari pasaraya berdekatan anda.


Laman GroupsMore

Melalui GroupsMore, ianya membawakan tawaran diskaun sehingga 90% daripada beberapa pasaraya berdekatan dengan anda, sekaligus menjimatkan duit anda, sekaligus memberikan jaminan yang mana anda tidak mungkin akan mendapat tawaran yang lebih menarik daripada yang ditawarkan dimana-mana tempat lain dalam tempoh 30 hari dari pembelian anda.

GroupsMore membawakan konsep, dimana anda akan lebih jimat dengan pembelian secara berkumpulan, sekaligus, melalui satu platform yang menarik, ianya membawakan tawaran kepada para pengguna.

Sekiranya anda berminat kepada sesuatu tawaran itu, anda hanya perlu klik pada tawaran yang diperlihatkan, dan seterusnya klik pada butang “Buy”. Seterusnya, jika tawaran tersebut mencapai angka yang ditetapkan oleh pasaraya atau kedai terbabit, maka para pengguna akan dapat menikmati harga yang ditawarkan, dan jika sebaliknya, maka tawaran diskaun tersebut tidak akan berlaku.

Buat masa ini, tawaran yang diperlihatkan oleh GroupsMore lebih kepada di Kuala Lumpur dan Selangor. Ianya dijangka akan berkembang ke bandar dan negeri lain dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN