Hak Cipta WordPress Kini Milik WP Foundation

Hak Cipta WordPress Kini Milik WP Foundation

Diterbitkan pada Sep 10, 2010 oleh .

Ianya bukan sesuatu perkara mudah dimana sesuatu syarikat mendermakan hak cipta mereka kepada sesuatu badan kebajikan. Menariknya, kini Automattic mengumumkan dimana mereka telah pindahkan hak cipta WordPress kepada WordPress Foundation.

Melaluinya, kini WordPress Foundation akan mengambil-alih nama hak cipta WordPress, sekaligus menjaganya untuk tahun-tahun akan datang. Ianya sesuatu yang janggal dimana sebuah syarikat mendermakan hak cipta yang bernilai jutaan ringgit begitu sahaja. Namun begitu, itulah yang dilakukan oleh Automattic.

Perkara ini sekaligus menjadikan nama WordPress itu bebas daripada sebarang syarikat, dan menjadikannya lebih bersifat komuniti. Ini juga bakal menjadikan pembangunan WordPress lebih terjamin untuk masa depan.


TIPS & ULASAN