Windows Phone 7 Bakal Di Lancarkan Pada 11 Oktober?

Windows Phone 7 Bakal Di Lancarkan Pada 11 Oktober?

Diterbitkan pada Sep 11, 2010 oleh .

Setelah sekian lama dinantikan oleh para peminat telefon pintar, kini beberapa info awal memperlihatkan yang mana Microsoft bakal melancarkan sistem operasi telefon pintar mereka, Windows Phone 7 pada suatu acara khas di New York pada 11 Oktober kelak.

Tarikh 11 Oktober dikatakan sebagai tepat seminggu selepas Steve Ballmer mengadakan sebuah acara khas berkenaan dengan Windows Phone 7 di London. Sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana Microsoft bakal melepaskan Windows Phone 7 pada bulan Ogos, dan perantian pertama yang menggunakan Windows Phone 7 dijangka bakal berada di pasaran seawal Oktober di Eropah dan November di Amerika Syarikat.

Namun begitu, masih tiada pengumuman rasmi daripada pihak Microsoft berkenaan dengan tarikh pelancaran ini. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, beberapa pengeluar telefon pintar seperti LG dan Samsung sudah mula memperlihatkan demo perantian mereka dengan sistem operasi ini, sekaligus mengukuhkan lagi dimana ianya berkemungkinan besar akan diperkenalkan oleh Microsoft seawal Oktober kelak.


TIPS & ULASAN