FaceTime Akan Datang Ke iChat dan Windows?

FaceTime Akan Datang Ke iChat dan Windows?

Diterbitkan pada Sep 11, 2010 oleh .

Ingatkah lagi dengan FaceTime yang diperkenalkan oleh Apple bersama-sama dengan iPhone 4.0 mereka, yang membolehkan para pengguna membuat panggilan video dengan mudah. Kini, ianya diura-urakan fungsi FaceTime bakal diintegrasikan pada iChat tidak lama lagi.

FaceTime

Dengan pengenalannya pada iChat kelak, ianya bakal membolehkan para pengguna iPhone 4.0 secara terus membuat panggilan video kepada para pengguna desktop Mac dengan mudah. Selain daripada iChat yang dikhaskan untuk Mac, Apple juga dikatakan sedang dalam proses membangunkan aplikasi khas FaceTime untuk platform Windows.

Perkara ini masih lagi tidak mendapat sebarang komen rasmi daripada pihak Apple, namun begitu, ianya mungkin merupakan salah satu langkah dalam meramaikan para pengguna FaceTime, sekaligus bersaing secara sihat bersama-sama Google yang menyediakan fungsi panggilan video dan suara melalui GMail.


TIPS & ULASAN