Perkhidmatan Yahoo! Mail Bakal Berevolusi

Perkhidmatan Yahoo! Mail Bakal Berevolusi

Diterbitkan pada Sep 11, 2010 oleh .

Untuk mengelakkan para pengguna yang makin berkurangan dari hari ke hari, kini Yahoo! dikatakan bakal menaik-taraf perkhidmatan emel percuma mereka, dibawah nama projek Minty, sekaligus membawakan servis yang lebih pantas lagi daripada sedia ada.

Dengan servis seperti Facebook dan Twitter, ramai yang sudah kurang menggunakan emel, dan dengan Google yang sentiasa menaik-taraf perkhidmatan emel mereka dengan fungsi-fungsi baru, ramai yang telah meninggalkan emel Yahoo! dan berpindah kepadanya.

Melalui projek Minty ini, kini Yahoo! ingin menumpukan perhatian dalam meningkatkan lagi kelajuan melayari servis mereka di pasaran antarabangsa, terutamanya di negara dengan sambungan internet yang perlahan. Pada masa yang sama, ianya juga diperkatakan yang mana Yahoo! bakal memperkenalkan antaramuka yang lebih ringkas seperti aplikasi mudah-alih mereka.

Yahoo! Mail dijangka akan memperkenalkan prestasi yang dipertingkatkan dengan rekabentuk yang menawan hati, selain integrasi penuh dengan rangkaian sosial, seperti Facebook. Perubahan pada Yahoo! Mail ini dijangka akan dapat dilihat seawal penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN