Cari @ Amanz

Beberapa minggu sebelum ini, Microsoft telah pun melepaskan beta baru untuk Windows Live Essentials, yang membolehkan para pengguna untuk bersembang bersama rakan mereka di Facebook di web. Menariknya, kini fungsi tersebut turut diintegrasikan pada Live Messenger versi web dari Microsoft.


Sokongan Facebook Pada Windows Live Web Messenger [via]

Sebelum ini, fungsi Facebook Chat melalui Windows Live Messenger sememangnya menarik dan mudah digunakan. Namun begitu, ianya masih lagi tidak diperkenalkan pada Windows Live Messenger versi web. Menariknya, hari ini, LiveSide menemui fungsi integrasi Facebook pada laman Windows Phone Live, sekaligus membawakan pengintegrasian Facebook Chat.

Facebook dan Microsoft sememangnya sudah sekian lama bekerjasama, selain dimana laman Facebook sendiri dijana oleh enjin carian Bing. Ianya kini diura-urakan yang mana Microsoft akan melepaskan versi percubaan Windows Live Essentials 2011 tidak lama lagi, pada masa yang sama akan mengemas-kini segala laman Windows Live dibawah mereka. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd