Cari @ Amanz

Setelah dinantikan sekian lama, kini beberapa ura-ura mula mengatakan yang mana iPhone 4 bakal berada di pasaran Malaysia menjelang penghujung bulan ini. Seperti sedia maklum sebelum ini, syarikat telekomunikasi yang bakal membawa masuk iPhone 4 adalah Maxis dan DiGi.

iPhone 4

Ianya masih lagi tidak diketahui berkenaan dengan harga yang bakal ditawarkan oleh kedua-dua syarikat telekomunikasi ini, namun ianya dijangka tidak jauh berbeza, dan mengikut harga pasaran semasa, ianya tidak melebihi RM2500.

Pada masa yang sama, beberapa laporan dalaman juga mengatakan yang mana para jurujual telah pun dilatih sejak sebelum raya lagi, mengukuhkan lagi kenyataan yang iPhone 4 bakal menemui para pengguna pada bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd