Google Instant Di Integrasikan Pada Google Chrome

Google Instant Di Integrasikan Pada Google Chrome

Diterbitkan pada Sep 12, 2010 oleh .

Google telah pun memperkenalkan fungsi Google Instant pada minggu lalu, yang mana memudahkan para pengguna membuat carian dengan lebih pantas lagi. Kini, melalui versi pembangunan Chrome, fungsi tersebut dilihat diintegrasikan bersama-sama dengan pelayar web dari Google itu.

Melalui fungsi Instant yang didatangkan pada Google Chrome itu, ianya lebih mengambil kira halaman yang sering dilayari para pengguna, dimana sebagai contoh, sekiranya anda mula menekan huruf “m” ianya secara automatik memperlihatkan laman “mail.google.com”.


Instant Pada Chrome [via]

Walaupun fungsi tersebut dilihat sebagai menjadikan pelayaran web lebih pantas, dan amat berguna untuk halaman yang sering dilawati oleh seseorang pengguna itu, namun ianya pada masa yang sama juga boleh menghabiskan bandwith seseorang pengguna lebih pantas, memandangkan ianya secara terus membuka sesuatu laman web untuk setiap huruf yang dimasukkan oleh kita.

Namun begitu, menariknya kerana fungsi tersebut tidak diaktifkan secara asas pada Google Chrome. Untuk mengaktifkannya, anda perlulah menggunakan versi pembangunan Google Chrome ataupun Chrome Canary, dan seterusnya masukkan command --enable-match-preview.


TIPS & ULASAN