Twitter Instant – Google Instant Versi Twitter

Twitter Instant – Google Instant Versi Twitter

Diterbitkan pada Sep 14, 2010 oleh .

Pengenalan Google Instant serba sebanyak telah mengubah cara pelayaran, selain memperlihatkan hasil carian dengan lebih pantas lagi. Menariknya, kini seorang pelajar berumur 15 tahun dari Malaysia memperlihatkan fungsi tersebut pada Twitter, atau dipanggil Twitter Instant.

Sama seperti pada Google Instant, Twitter Instant ini mula memperlihatkan carian sebaik sahaja anda mula menekan huruf pertama pada kotak cariannya. Anda juga boleh memilih samaada ingin memaparkan tweet yang terkini, yang popular atau pun memperlihatkannya seperti biasa.

Menariknya, Twitter Instant yang dibangunkan oleh seorang pelajar yang berumur 15 tahun ini turut sama dioptimasikan untuk pengguna perantian mudah alih, selain menyokong geo-lokasi seperti pada Twitter. Pada masa yang sama juga, sekiranya anda seorang pembangun, anda boleh memuat-turun dan melihat kodnya.


TIPS & ULASAN