Setelah sekian lama menggunakan antaramuka yang lama, kini Twitter mengumumkan rekabentuk baru dan revolusi ke atas antaramuka laman Twitter.com, yang membawakan pelbagai fungsi baru, selain memudahkan anda mengikuti sesuatu tweet itu dengan lebih mudah.
Antaramuka Twitter Baru
Melalui rekabentuk yang baru, ianya dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kiri dan kanan, dimana di bahagian kiri anda akan melihat carian, tweet, retweet dan sebagainya, manakala dibahagian kiri anda akan dapat melihat siapa yang baru ikuti anda di Twitter dan siapa yang anda baru ikuti, selain beberapa perkara asas seperti sekarang ini.
Tonton Video Secara Terus Di Twitter.com
Selain daripada itu, seperti yang diperkatakan sebelum ini, ianya lebih mudah untuk melihat kandungan media, termasuk gambar dan video secara terus melalui Twitter.com. Selain daripada itu, apabila anda klik pada @NamaPengguna, anda akan dapat melihat sebuah profail mini yang ringkas dan padat tanpa perlu anda ke halaman yang lain.
Geolokasi Pada Twitter
Fungsi-fungsi ini dijangka akan diperlihatkan secara berperingkat, dimana para pengguna akan dapat merasai perubahannya dalam beberapa minggu lagi.
Tips Daripada Amin @DiaDiriku. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus