Cari @ Amanz

Sejak pengenalan HTML5, ramai yang sudah beralih meninggalkan Flash, dan lebih mengutamakan HTML, CSS dan JS dalam pembangunan web. Terkini, Automattic menggantikan WP.com Stat dan tidak lagi menggunakan Flash seperti dulu.


Statistik Baru Yang Tidak Lagi Menggunakan Flash

Dengan tidak menggunakan Flash lagi pada fungsi statistik WP.com Stats, kini ianya sudah boleh dilihat dan diakses sepenuhnya oleh para pengguna iPhone dan iPad, sekaligus membolehkan mereka mengikuti perkembangan semasa laman mereka dengan lebih mudah.

Walaupun ianya tidak lagi menggunakan Flash, ianya masih memaparkan segala informasi berkaitan sama seperti sebelum ini, dengan hanya sedikit perubahan pada bentuk gambarajah graf yang diperlihatkan. Sehingga artikel ini ditulis, masih tiada sebarang pengumuman rasmi berkaitan dengannya daripada pihak Automattic.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd