MentariCSS Bakal Berevolusi Sepenuhnya

MentariCSS Bakal Berevolusi Sepenuhnya

Diterbitkan pada Sep 15, 2010 oleh .

Ingatkah lagi dengan MentariCSS daripada Mentari Works? Kini ianya bakal berevolusi serba sebanyak, dengan pengenalan beberapa fungsi baru, dan juga akan mula menggunakan bahasa Inggeris untuk impak yang lebih meluas, serta mengutamakan konsep minimalisma.

MentariCSS ialah sebuah framework CSS yang tidak tertumpu pada sistem grid semata-mata, tetapi lebih kepada pendekatan yang praktikal untuk memastikan kod CSS lebih senang untuk dibaca, diuruskan, dan diubahsuai. Setelah pindaan terakhir pada bulan April yang lalu, kini ianya akan menerima beberapa fungsi baru yang telah di minta oleh beberapa orang penggunanya.

Selain daripada itu, untuk mendapatkan lebih ramai pengguna disamping peluang untuk penambah-baikkan yang lebih meluas, MentariCSS bakal mula mengguna-pakai bahasa Inggeris tidak lama lagi. Pada masa yang sama, sama seperti projek Mentari Works yang lain, MentariCSS juga pada masa yang sama akan mula mengutamakan minimalisma dalam pembangunannya.

Buat masa ini, ianya masih tidak lagi diketahui bila mana ianya akan mengalami perubahan sepenuhnya, memandangkan pembangunnya agak sibuk kebelakangan ini dengan beberapa projek termasuk Faces.my, FeedMalaya dan juga Kreative. Namun begitu, ianya dijangka akan mengalami perubahan dalam jangka masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN