Internet Explorer 9 Beta Membawakan Pelbagai Fungsi Baru

Internet Explorer 9 Beta Membawakan Pelbagai Fungsi Baru

Diterbitkan pada Sep 15, 2010 oleh .

Secara rasminya, hari ini Microsoft akan memperkenalkan Internet Explorer 9 Beta, iaitu versi pembangunan untuk pelayar web popular daripada Microsoft. Internet Explorer 9 direkabentuk dengan fokus utama pada standard web dan juga HTML5, selain integrasi penuh bersama Windows 7.


Antaramuka Internet Explorer 9 [via]

Perkara paling utama pada Internet Explorer 9 adalah dimana ianya akan mengguna-pakai sepenuhnya kuasa GPU dalam membuka dan memperlihatkan sesebuah web. Selain daripada itu, sama seperti pelayar web Firefox yang bakal memperkenalkan enjin JavaScript baru melalui Firefox 4.0, Internet Explorer 9 juga memperkenalkan enjin JavaScript baru dengan nama Chakra, yang membawakan pelbagai peningkatan dan kestabilan pada pelayar web dari Microsoft itu.

Menariknya pada Internet Explorer 9 adalah pengintegrasian penuhnya dengan Windows 7. Kini, dengan mudah para pengguna dapat pin-akan sesuatu halaman web itu terus pada taskbar Windows 7 dengan mudah.


Fungsi Pin Laman Web Pada Taskbar Windows 7 [via]

Pada masa yang sama, antaramuka Internet Explorer 9 juga kini serba sebanyak menyerupai Google Chrome, dimana hanya terdapat satu sahaja menu untuk tetapan, selain ruangan alamat yang diintegrasikan dengan fungsi carian, sekaligus membolehkan para pengguna melayari laman web dengan lebih luas lagi.

Microsoft akan melepaskan Internet Explorer 9 pagi esok secara rasminya, sekaligus akan membolehkan para pengguna untuk memuat-turun dan mencubanya sendiri.


TIPS & ULASAN