Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengumuman berkaitan HTC Desire HD dan HTC Desire Z, HTC juga turut sama mengumumkan berkenaan HTC Sense yang ditambah-baik bersama-sama dengan pengintegrasiannya bersama-sama dengan HTCSense.com yang membawakan fungsi backup, sekuriti dan banyak lagi.


Pengumuman HTCSense.com [via]

Melalui HTC Sense yang baru, ianya membawakan fungsi multimedia yang ditambah-baik membolehkan para pengguna dengan mudah mengubah-suai gambar dan video yang ditangkap. Pada masa yang sama, ianya juga diintegrasikan sepenuhnya dengan HTCSense.com, yang berfungsi sebagai salah satu storan perkomputeran awan seperti MobileME pada iPhone.

Melaluinya, ianya akan membuat backup secara automatik, membolehkan anda mendapat kembali kandungan seperti senarai hubungan, mesej SMS, sejarah panggilan dan pelbagai data lain dengan mudah.

Selain daripada itu, ianya juga membawakan fungsi sekuriti yang menarik sekali, dimana sekiranya anda kehilangan telefon pintar anda yang dilengkapi HTCSense.com ini, anda boleh ping telefon anda, sekaligus membawakan tahap bunyi kepada maksimum dan memudahkan anda menemui telefon anda. Pada masa yang sama, ianya juga akan memperlihatkan lokasi telefon anda di peta.

Sekiranya ianya bergerak di peta, atau anda tertinggal disuatu lokasi yang tidak dapat dikenal-pasti, anda boleh menutup telefon anda melalui HTCSense.com ataupun secara terus memadam segala data anda pada telefon berkenaan dengan mudah.

Fungsi baru ini didatangkan bersama-sama dengan telefon pintar HTC yang baru diumumkan hari ini, iaitu Desire HD dan juga Desire Z. Masih tiada sebarang pengumuman berkenaan dengan perantian HTC yang menggunapakai HTCSense sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd