Internet Explorer 9 Beta Sedia Di Muat-Turun

Internet Explorer 9 Beta Sedia Di Muat-Turun

Diterbitkan pada Sep 16, 2010 oleh .

Seperti yang dinantikan, kini para pengguna yang berminat sudah boleh memuat-turun Internet Explorer 9 Beta secara percuma terus daripada laman BeautyOfTheWeb.com dan menguji pelbagai fungsi baru kepada dunia pelayaran web.


Halaman Tab Baru Pada IE9 Beta

Secara ringkasnya, berikur merupakan beberapa fungsi baru yang dibawakan oleh Internet Explorer 9, iaitu:

  • Sokongan Hardware Accelerated Graphics untuk grafik dan teks.
  • Antaramuka yang ringkas dan bersih.
  • Kebolehan untuk pin laman web pada Windows 7.
  • Halaman Tab baru yang ringkas seperti Chrome.
  • Pengintegrasian penuh bersama Windows Aero dan kebolehan untuk menarik tab untuk menjadikannya sebagai tetingkap berasingan.
  • Enjin JavaScript yang baru, Chakra.
  • Sokongan HTML5.
  • Para pembangun boleh menganalisa sesuatu laman web dengan mudah melalui F12 Developer Tools.

Justeru itu, kini anda sudah boleh menguji pelayar web versi beta daripada Microsoft yang berkemungkinan besar, versi penuhnya akan dilepaskan kepada umum pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN