Antaramuka Baru Yahoo! Mail Lebih Menarik

Antaramuka Baru Yahoo! Mail Lebih Menarik

Diterbitkan pada Sep 17, 2010 oleh .

Jikalau sebelum ini ianya diperkatakan yang mana Yahoo! Mail akan berubah wajah, hari ini, Yahoo! sendiri memperlihatkan bagaimana antaramuka Yahoo! Mail yang baru akan kelihatan. Menariknya, antaramuka baru ini kelihatan lebih menarik daripada GMail sendiri.


Antaramuka Baru Yahoo! Mail Beta

Selain daripada antaramuka yang diberi nafas baru, Yahoo! juga kini mengutamakan kepantasan, sekaligus telah mengubah beberapa perkara, menjadikan prestasi Yahoo! Mail lebih pantas, sekaligus membolehkan para pengguna berhubung dengan mudah dan pantas.

Pada masa yang sama, fungsi anti-spamnya terus ditambah baik, menjadikan Yahoo! Mail masih kekal sebagai penyedia emel pertama yang melindungi para pengguna daripada emel berbentuk spam. Serta menariknya pada Yahoo! Mail baru kelak adalah ianya diintegrasikan dengan fungsi sosial, sekaligus membolehkan anda mengikuti perkembangan Facebook dan Twitter secara terus daripada inbox anda.

Pihak Yahoo! Mail dijangka akan memperkenalkan versi beta untuk Yahoo! Mail baru ini tidak lama lagi, sebelum penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN