9 Syarikat Bakal Menawarkan 4G LTE Di Malaysia

9 Syarikat Bakal Menawarkan 4G LTE Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 17, 2010 oleh .

Setelah lama tidak diketahui berkenaan dengan pembahagian gelombang LTE di Malaysia, kini ianya dilaporkan yang mana kerajaan Malaysia bercadang untuk memberikan spektrum 4G LTE (Long-Term-Evolution) kepada 9 syarikat yang berasingan.

Syarikat-syarikat yang bakal mendapat peluang untuk menggunakannya adalah termasuk Celcom, DiGi, Maxis, U-Mobile, AMax, P1, REDtone, YTL dan salah satu syarikat yang dikaitkan dengan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Walaupun sembilan syarikat yang bakal menawarkan perkhidmatan mudah-alih dengan teknologi LTE dilihat sebagai angka yang besar, ianya mungkin menjadi salah satu cara untuk memperluaskan tembusan jalur lebar di Malaysia.

Sebelum ini, Maxis dan Celcom masing-masing telah pun melakukan ujian 4G LTE yang memperlihatkan kadar muat-turun sehingga 104 Mbps sementara DiGi masih menumpukan perhatian pada 3G. 4 penyedia WiMAX yang turut ditawarkan gelombang LTE ini juga masih belum memperkenalkan perkhidmatan WiMax mereka secara meluas, selain daripada P1.


TIPS & ULASAN