Facebook Bakal Mengeluarkan Telefon Pintar?

Facebook Bakal Mengeluarkan Telefon Pintar?

Diterbitkan pada Sep 19, 2010 oleh .

Sama seperti Google sebelum ini, kini Facebook pula diura-urakan sedang membina telefon pintar mereka tersendiri, ataupun berkemungkinan besar mereka sedang membangunkan perisian untuknya dan akan bekerjasama bersama-sama dengan pihak ketiga dalam membangunkan perantian mudah-alih mereka.

Melaluinya, ianya dikatakan yang mana Facebook ingin mengintegrasikan sepenuhnya senarai hubungan dan rakan-rakan Facebook bersama-sama dengan fungsi-fungsi lain terus ke perantian mudah-alih tersebut. Pembangunan telefon pintar ini masih lagi dirahsiakan dan tidak didedahkan sepenuhnya.

Walaupun masih banyak lagi perkara yang masih menjadi tanda tanya, telefon pintar yang berkemungkinan besar akan dikeluarkan oleh Facebook ini kelak dianggarkan akan disekitar harga mampu dimiliki yang mana membawakan pelbagai fungsi Facebook terus ke tangan anda.


TIPS & ULASAN