Gambar : Tablet Mimos iDola Yang Telah Dihentikan

Gambar : Tablet Mimos iDola Yang Telah Dihentikan

Diterbitkan pada Sep 19, 2010 oleh .

Mungkin ramai yang tidak ketahui yang mana Mimos merupakan antara yang terawal memperlihatkan PC tablet mereka – MakCik PC dan iDola jauh sebelum Apple memperkenalkan iPad mereka. Namun suatu perkara yang amat mendukacitakan kerana produk ini tidak dijual di pasaran terbuka, sekaligus ramai yang tidak mengetahui akan kewujudannya.

Mimos iDola

Untuk pengetahuan pembaca, tablet iDola ini dikatakan mengguna-pakai perisian Jemapoh yang mana turut boleh digunakan pada komputer desktop, notebook dan juga telefon pintar. Namun sekali lagi, informasi berkaitannya adalah amat sedikit, dan tidak begitu banyak perkara yang diketahui berkenaannya. Selain daripada itu, beberapa informasi teknikal yang dapat diketahui berkenaan dengan iDola ini adalah yang mana ianya mengguna-pakai RAM sebesar 1GB yang mana boleh dikemaskini sehingga 2GB, selain membawakan sokongan WLAN dan Bluetooth, serta menyokong teknologi IPv6. Ianya juga didatangkan dengan stylus untuk memudahkan para pengguna, selain kekunci di sebelah kanan dan kiri untuk navigasi. Ianya juga didatangkan dengan webcam terbina dibahagian hadapan.

Sepatutnya, iDola v2 ini adalah sebahagian daripada projek untuk menambah kadar celik IT dan pengguna jalur-lebar di Malaysia. Namun begitu, ianya secara tiba-tiba telah ditukar kepada netbook dengan nama yang lebih kurang serupa. Netbook ini telah pun mula diedarkan diseluruh Malaysia sejak awal bulan puasa tempoh hari.


TIPS & ULASAN