Kini, Lebih 500,000 Pengguna Aktif Di Koprol

Kini, Lebih 500,000 Pengguna Aktif Di Koprol

Diterbitkan pada Sep 20, 2010 oleh .

Ingatkah lagi anda dengan Koprol dari Indonesia yang baru-baru ini telah dibeli oleh Yahoo!. Menariknya, kini Koprol terus berkembang dengan majunya, memperlihatkan angka pengguna berdaftar dalam seminggu melangkaui 100,000 sekaligus menjadikan keseluruhan pengguna Koprol melangkaui angka 500,000 pengguna.

Menariknya, selain pendaftaran yang terus meningkat, aktiviti para pengguna yang menggunakan aplikasi tersebut juga terus meningkat, dimana ianya hampir 4 kali ganda lebih aktif digunakan berbanding sebelum ini.

Sejak pembelian oleh Yahoo!, pelbagai promosi telah dijalankan secara aktif, termasuk iklan Koprol di stesen televisyen Indonesia. Selain daripada itu, terbaru, telefon bimbit Nexian yang bakal dikeluarkan turut sama didatangkan dengan aplikasi Koprol terbina.

Bagi yang tidak kenali akan Koprol, ianya merupakan salah satu aplikasi web seumpama FourSquare, dimana selain check-in, para pengguna juga boleh berkongsi gambar, ulasan dan pelbagai maklumat lain berkenaan sesuatu tempat dengan interaktif terus dari telefon bimbit mereka.


TIPS & ULASAN